Mutiara Kata

Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya.

Mutiara Kata

Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.

Mutiara Kata

Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian.

Mutiara Kata

Menerima pasangan hidup secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

Mutiara Kata

Senyum di dalam kesedihan memberikan 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tetapi senyum di dalam kegembiraan memberikan 1000 jawapan kepada persoalan.

Mutiara Kata

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya, Akal pula mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya,akan tetapi Hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Tuesday, August 16, 2011





Please be patient - 

This Page is Under Construction!!!

Thursday, August 11, 2011

Peliknya Manusia

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,

Tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.



Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,

Tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.



Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid,

Tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.



Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat, dah rasa jemu,

Tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali – kali.



Pelik ya,dengar iklan jaulan murah dalam TV, rasa tak sabar – sabar nak pergi beli belah,

Tapi dengar laungan azan tak sabar – sabar nak tukar channel lain.



Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,

Tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.



Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat,

Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan – kawan.



Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita,

Tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.



Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al – Quran walau satu halaman,

Tapi majalah hiburan dan novel best – seller 100 halaman pun habis dilahap.



Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,

Tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.



Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,

Tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gossip.



Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di email yang laying di internet,

Tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al – Quran.



Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email,

Tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.



Pelik tak kita…?

Tepuk dada… tanyalah iman di hati.

Iman Ibarat Air Laut

Iman itu ibarat air laut, yang kadangkala surut,oleh kerana itu berusahalah supaya iman terus bertambah.

Tanda Akal Seseorang

Tanda akal seseorang itu ialah pekerjaannya dan tanda ilmu seseorang itu ialah perkataannya.

Pesanan Untuk Si Cantik

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj (siri:160)
" Orang yang bijaksana membuat lebih banyak kesempatan dpd yang dijumpainya"

Usahlah Bimbang

Usahlah bimbang jika diri anda tidak dihargai,
akan tetapi anda perlu bimbang jika diri anda tidak berharga lagi.

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya.

Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

INSYALLAH ANDA AKAN DAPAT MENILAI BETAPA BERHARGANYA DIRI ANDA!

SESUNGGUHNYA ANDA ADALAH INSAN YANG MULIA

INSAN YANG MULIA MEMPUNYAI POTENSI

DAN SETIAP POTENSI HARUS DIUSAHA UNTUK MENDAPATKAN HASILNYA!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites